Pages

Saturday, January 7, 2012

Emas - Barang Kemas


Suatu masa dulu saya pernah tertanya tanya, kenapa lah wanita wanita, makcik makcik, nenek nenek dan awek awek suka membeli barang kemas terutama emas. Masa tu tak pernah terlintas pun dalam diri saya yang emas itu merupakan satu pelaburan atau bentuk simpanan. Yang saya nampak , ia hanya menjadi perhiasan dan sebagai barang yang boleh menunjukkan kemewahan. Sememangnya menunjuk nunjuk kemewahan itu sesuatu yang tidak berapa baik, tapi pilihan untuk membeli barang kemas emas itu adalah satu pilihan bijak.

Biasanya emas dalam bentuk barang kemas ini agak mahal berbanding emas bar atau dinar. Ini kerana kedai emas akan mengenakan caj workmanship keatas barang kemas yang dijual. Begitu juga dengan spread harganya yang agak besar sehingga boleh mencapai 30 - 35 %.

Emas barang kemas menjadi pilihan pelabur emas sekarang kerana ia mudah di pajak jika pelabur memerlukan wang dan juga kerana ingin meningkatkan pelaburan emas melalui kaedah "rempit" emas. Tapi dengan membeli barang kemas di kedai kedai emas spread harga amat besar. Public Gold menawarkan harga barang kemas yang kompetatif dan spreadnya yang rendah iaitu sekita 10% sahaja (lihat harga i-Series 22K Jewellery di sebelah kanan blog ini) .

Jika anda berminat untuk membeli emas PG i-Series 22K Jewellery ini, boleh lah menghubungi saya di alamat email berikut, ajaque.gold [at] gmail [dot] com.

No comments:

Post a Comment