Pages

Friday, January 6, 2012

Emas kalis Inflasi


Ali bin Abdullah menceritakan kepada kami, Sufyan menceritakan kepada kami, Syahib bin Garqadah menceritakan kepada kami, ia berkata: Saya mendengar penduduk bercerita tentang ‘Urwah, bahawa Nabi SAW memberikan wang satu Dinar kepadanya agar dibelikan seekor kambing untuk Beliau; lalu dengan wang satu Dinar tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga satu Dinar. Ia pulang membawa satu Dinar dan satu ekor kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya ‘Urwah membeli tanah pun, ia pasti beruntung’.

 (H.R.Bukhari)




Pernahkah anda terfikir kenapa 10 tahun lepas kita hanya perlu membelanjakan RM 0.50 untuk membeli sebungkus nas lemak dan hari ini kita perlu membayar RM 1.50 untuk menmbeli sebungkus nasi lemak yang sama kuantitinya? Inilah yang dinamakan inflasi, keadaan dimana pengguna merasakan akan kenaikan harga sesuatu barang secara berterusan. Sebenarnya yang berlaku bukanlah disebab kenaikan harga nasi lemak tersebut, sebenarnya apa yang berlaku adalah penyusutan nilai guna matawang ringgit.



Dalam Hadith di atas kita mendapati harga semasa kambing adalah 1 dinar (emas), kerana jelas Rasulullah memberi 1 dinar untuk mendapatkan 1 ekor kambing, tapi dengan kepandaian Ali bin ABdullah dia dapat membeli dengan hanya setengah dinar. Tahukah saudara pada hari ini harga kambing berada dalam sekitar 700 hingga 750. Begitu juga dengan nilai 1 dinar berbanding ringgit adalah sekitar RM 700 - 750. Ini bermakna jika urus niaga masih berlaku menggunakan dinar emas harga kambing itu masih berharga 1 Dinar. Setelah 1400 tahun nilai dinar ini hampir tidak berubah menunjukkan ia kalis inflasi.




Wallhualam


No comments:

Post a Comment