Pages

Saturday, March 30, 2013

Harga Emas Statik

Sejak 2 bulan lepas harga emas agak statik. Mungkin kepada pelabur pelabur emas jangka pendek agak gusar dengan keadaan ini. Pada yang benar benar memahami tujuan sebenar melabur atau menyimpan emas, Insha Allah ia adalah suatu perkara biasa. Boleh dikatakan pada ketika inilah masa terbaik untuk menambah simpanan emas.


Thursday, January 26, 2012

KFH gold dan Gold Coin 999 PG untuk dijual (Sold)

Tawaran Sah sehingga jam 8.00pg 27/1/2012
Sesiapa yang nak beli emas KFH
1g = RM 185
5g = RM 900
10g = RM 1800

@

PG Gold Coin 999 50g = RM 9300

Friday, January 20, 2012

Muat turun aplikasi kitco

Aplikasi kitco ini memudahkan anda untuk mengikuti harga emas semasa dari kitco.

Selamat memburu emas!!

Muat turun di sini :

Windows XP
Windows 7

Tuesday, January 10, 2012

Emas sedang melakukan pendakian

Tahun 2012 ini, pasaran emas bermula dengan agak rendah. Tentu ia menggalakkan orang ramai yang ingin memulakan pelaburan dalam pasaran emas ini.

Namun masih ada yang ragu ragu untuk melabur dalam pelaburan emas ini. Antara alasan yang diberikan oleh mereka yang mula timbul minat untuk menjerumuskan diri dalam pelaburan ini biasanya ingin menunggu saat harga emas turun sedikit lagi. Itu juga yang berlaku pada aku masa awal awal melihat potensi pelaburan ini. Namun ternyata aku salah.

Sememangnya benar adalah lebih menguntungkan jika kita dapat membeli ketika harga terendah. Tapi jika kita tetap menggunakan alasan tersebut sampai bila pun kita tidak akan mengorak langkah pertama.

Sebenarnya emas ini amat berbeza dengan pelaburan seperti FOREX atau pasaran saham. Sebagai contoh jika anda membeli saham Google Inc hari ini, keesokan harinya Google Inc terpaksa ditutup akibat masalah masalah tertentu. Berbeza dengan emas, emas adalah pelaburan yang berbentuk aset seperti juga pelaburan dalam hartanah. Jika anda membeli 1 ekar tanah pada hari ini, walaupun keesokan harinya orang yang menjual tanah itu muflis, anda masih memilik tanah itu, dan jika ditakdirkan harga tanah merudum, anda tetap juga memiliki tanah yang 1 ekar itu tanpa berkurangan walau sedikit pun.

Begitulah emas, ia adalah aset yang mudah untuk dijual dan dibeli dan diuruskan. Jika anda memiliki 10g emas hari ini, pada ketika harga ia menurun anda tetap memiliki 10g emas.

Wallahu a'lam

Saturday, January 7, 2012

Emas - Barang Kemas


Suatu masa dulu saya pernah tertanya tanya, kenapa lah wanita wanita, makcik makcik, nenek nenek dan awek awek suka membeli barang kemas terutama emas. Masa tu tak pernah terlintas pun dalam diri saya yang emas itu merupakan satu pelaburan atau bentuk simpanan. Yang saya nampak , ia hanya menjadi perhiasan dan sebagai barang yang boleh menunjukkan kemewahan. Sememangnya menunjuk nunjuk kemewahan itu sesuatu yang tidak berapa baik, tapi pilihan untuk membeli barang kemas emas itu adalah satu pilihan bijak.

Biasanya emas dalam bentuk barang kemas ini agak mahal berbanding emas bar atau dinar. Ini kerana kedai emas akan mengenakan caj workmanship keatas barang kemas yang dijual. Begitu juga dengan spread harganya yang agak besar sehingga boleh mencapai 30 - 35 %.

Emas barang kemas menjadi pilihan pelabur emas sekarang kerana ia mudah di pajak jika pelabur memerlukan wang dan juga kerana ingin meningkatkan pelaburan emas melalui kaedah "rempit" emas. Tapi dengan membeli barang kemas di kedai kedai emas spread harga amat besar. Public Gold menawarkan harga barang kemas yang kompetatif dan spreadnya yang rendah iaitu sekita 10% sahaja (lihat harga i-Series 22K Jewellery di sebelah kanan blog ini) .

Jika anda berminat untuk membeli emas PG i-Series 22K Jewellery ini, boleh lah menghubungi saya di alamat email berikut, ajaque.gold [at] gmail [dot] com.

Friday, January 6, 2012

Emas kalis Inflasi


Ali bin Abdullah menceritakan kepada kami, Sufyan menceritakan kepada kami, Syahib bin Garqadah menceritakan kepada kami, ia berkata: Saya mendengar penduduk bercerita tentang ‘Urwah, bahawa Nabi SAW memberikan wang satu Dinar kepadanya agar dibelikan seekor kambing untuk Beliau; lalu dengan wang satu Dinar tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga satu Dinar. Ia pulang membawa satu Dinar dan satu ekor kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya ‘Urwah membeli tanah pun, ia pasti beruntung’.

 (H.R.Bukhari)




Pernahkah anda terfikir kenapa 10 tahun lepas kita hanya perlu membelanjakan RM 0.50 untuk membeli sebungkus nas lemak dan hari ini kita perlu membayar RM 1.50 untuk menmbeli sebungkus nasi lemak yang sama kuantitinya? Inilah yang dinamakan inflasi, keadaan dimana pengguna merasakan akan kenaikan harga sesuatu barang secara berterusan. Sebenarnya yang berlaku bukanlah disebab kenaikan harga nasi lemak tersebut, sebenarnya apa yang berlaku adalah penyusutan nilai guna matawang ringgit.



Dalam Hadith di atas kita mendapati harga semasa kambing adalah 1 dinar (emas), kerana jelas Rasulullah memberi 1 dinar untuk mendapatkan 1 ekor kambing, tapi dengan kepandaian Ali bin ABdullah dia dapat membeli dengan hanya setengah dinar. Tahukah saudara pada hari ini harga kambing berada dalam sekitar 700 hingga 750. Begitu juga dengan nilai 1 dinar berbanding ringgit adalah sekitar RM 700 - 750. Ini bermakna jika urus niaga masih berlaku menggunakan dinar emas harga kambing itu masih berharga 1 Dinar. Setelah 1400 tahun nilai dinar ini hampir tidak berubah menunjukkan ia kalis inflasi.




Wallhualam


Hukum jual/beli Emas (Bhgn 1)

Semua perkara di dalam Islam mempunyai hukum hukum nya tersendiri. Ikuti siri video dari SunnahEmas tentang beberapa hukum dalam membeli dan menjual emas.